Ramai yang menganggap ‘gastrik’ itu hadir disebabkan tidak makan, atau
kurang makan, atau terlalu ‘berdiet’ sehinggakan perut menjadi kosong
lalu dimasuki angin. Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca gastrik
itu terjadi. Kadang-kadang orang yang makan 5-6 kali sehari pon boleh
diserang gastrik.
Tanda-tanda umum Gastrik
} Perut terasa kembung membulat terutama di bahagian atas (bloating) selepas makan, meskipun hanya makan dalam jumlah yang sedikit
} Sendawa berterusan
} Terasa ‘sakit mencucuk’ pada bahagian atas perut (epigastric)
} Nausea selepas makan (rasa mual)
} Muntah (sehingga habis semua isi perut
yang keluar, sampai satu tahap yang keluar itu hanya angin dan cecair
berwarna hijau/kuning)
} Hilang selera makan
} Jika terlalu kronik, pengidap akan mengalami penurunan berat badan yang tidak diingini
Punca-punca umum Gastrik
Mungkin ramai mendakwa gastrik hanya hadir apabila seseorang itu
mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau selalu tidak mengambil
makanan. Hakikatnya itu tidak benar sama sekali. Gastrik boleh hadir
disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:
1. Makanan pedas – Makanan pedas
adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan
merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya
di dalam perut. Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada
mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk
mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma)
2. Makanan masam – Makanan yang
terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini
meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.
3. Makanan berminyak/berlemak (kecuali minyak zaitun)
– Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan
merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.
4. Merokok – dikatakan mampu
mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincter(LES; rujuk rajah di
atas) yang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk
ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka
(kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat
menyakitkan.
5. Minuman berkafein (teh, kopi) – juga mampu merangsang rembesan asid perut
6. Makanan yang “berangin”, meskipun
kebanyakkan doktor perubatan tidak percaya ini merupakan punca utama
gastrik, namun berdasarkan pengalaman aku kesannya tetap ada walau
sedikit untuk membuatkan perut terasa penuh (bloated).
7. Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drug)
yang berterusan dan terlalu kerap (seperti aspirin) akan menyebabkan
hakisan dinding perut, ini meningkatkan peluang untuk kawasan tersebut
mengalami kesakitan apabila dijamah asid perut.
8. Stress/ tekanan emosi – apabila
berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid
dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa
hendak “mengunyah” ketika stress.
9. Jangkitan bakteria H. Pylori – bakteria ini dikatakan mampu membuat dinding perut menjadi luka (gastric ulcer).
10. Kurang/tidak bersenam
credit to :click here
Untuk pengetahuan anda semua, Energizing Soy Protein dari Shaklee juga
boleh membantu masalah gastrik yang anda alami selama ni. Cuma amalkan 3
sudu sehari sudah mencukupi.
Keistimewaan Energizing Soy Protein :
* Mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.
* Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan sumber tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
* Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di
pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh
dihasilkan oleh badan manusia.
* Sesuai untuk semua peringkat umur
* Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Jadi hubungi saya untuk Konsultasi PERCUMA dan TAWARAN HARGA yang MENARIK !!!
Website : http://myvitamin4u.blogspot.com
FaceBook : Aliff Hashim
Fanpage: Aliff Corner
Phone, sms: 019-5889416/012-5404687
Shaklee ID : 894763
Phone, sms: 019-5889416/012-5404687
Shaklee ID : 894763
0 comments