Perokok boleh dilihat dimana-mana sahaja kita berada dan direkodkan
ketagihan merokok juga meningkat di negara kita. Kini pelajar yang
memakai pakaian sekolah atau wanita berkerjaya turut di lihat menghisap
rokok di tempat-tempat awam. Kalau asap rokok boleh ditelan oleh
mereka, pasti kita tidak berasa rungsing sekali.
Namun bahaya mereka yang menghidu asap rokok adalah dua kali ganda
berbanding mereka yang merokok. Itulah sebab mengapa kerajaan melarang
merokok di tempat awam seperti di pasaraya, restoren dan juga dalam
bas. Cuma ada segelintir yang engkar dengan arahan tersebut tanpa
mempedulikan orang di sekeliling mereka.
Langkah kerajaan dengan meletakkan penyakit di kotak rokok juga
dilihat tidak berjaya mengurangkan bilangan perokok. Bahkan semakin
meningkat pula sehingga kerajaan telah meningkatkan harga sekotak rokok.
Apabila harga rokok naik, maka ia akan turut mempengaruhi perbelanjaan
keluarga anda. Boleh dikatakan seorang perokok tegar boleh menghabiskan
sekotak rokok dalam masa sehari sahaja. Jika sekotak berharga RM10, maka
sebulan mereka terpaksa berbelanja RM300 untuk sebulan.
Jika dalam setahun jumlah perbelanjaannya adalah sekitar RM3600. Wang
yang banyak itu boleh digunakan untuk membawa keluarga bercuti di tempat
yang menarik dalam dan luar negara. Jika di nasihat boleh pula di tanya
adakah kita mempunyai wang sebanyak RM3000 disebabkan kita tidak
merokok. Pasti juga berasa geram kerana kita yang memikirkan kesihatan
mereka dan juga diri kita.
Punca Kepada Ketagihan Merokok
Mereka yang merokok dari usia muda adalah susah sekali untuk berhenti. Ini kerana kandungaan rokok tersebut telah sebati dalam diri mereka. Dari situ anda harus sedar bahawa, seorang perokok tidak boleh berhenti secara mengejut.
Stress disebabkan masalah kerja boleh menyebabkan seorang itu akan
kerap merokok. Apabila merokok mereka akan khayal seketika dan melupakan
masalah tersebut.
Kecewa dalam perhubungan boleh juga menyebabkan seorang itu mula
merokok. Ada yang pada mulanya tidak merokok apabila putus cinta
mengambil rokok untuk lari dari memikirkan masalah tersebut.
Cara Merawat ketagihan Merokok
Berpuasa dapat mengurangkan keinginan seseorang untuk merokok. Jangan
bimbang kerana mana-mana perokok boleh sahaja berhenti di siang hari pada
bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bahawa minda dapat mengawal nafsu
seorang perokok.
Bagi anak yang masih belajar, anda perlu mengetahui aktiviti
mereka.Selalu bertanya ke mana mereka pergi dan melihat apa yang ada di
dalam beg sekolah mereka. Jika melihat mereka merokok, hadkan pemberian
wang saku untuk ke sekolah.
Chewing gum atau kacang dan kuaci membantu mengurangkan keinginan untuk merokok.
Perkara yang penting adalah minda yang boleh mengubah hidup
seseorang. Bagi yang ingin berhenti dari merokok haruslah mempunyai minda
yang kuat. Cara untuk mengawal minda adalah tidak terdedah dengan
kawasan yang terdedah dengan asap rokok. Atau tidak meletakkan abu
rokok, pemetik api dan juga kotak rokok dekat dengan diri kita. Apabila
jauh, kita akan berasa malas untuk merokok dan seterusnya menghalang
keinginan untuk merokok.
Akibat ketagihan merokok, banyak zat-zat yang penting telah musnah
dalam badan. Cara untuk mengembalikan semula zat tersebut adalah
mengambil suplemen yang baik untuk mengekalkan kesihatan seorang
perokok. Suplemen juga dapat mempengaruhi keinginan untuk mereka merokok.
Cadangan Suplemen Untuk Mengurangkan Ketagihan Merokok
Apabila seorang itu merokok,sel dalam badan mereka akan rosak dan
menyebabkan penyakit seperti jantung,barah paru-paru, kecacatan pada
janin dan penyakit berbahaya yang lain. Apabila diserang penyakit
tersebut, kos merawatnya adalah mahal dan terpaksa untuk bergantung
dengan ubat dan pemeriksaan selalu.
credit: suplementambahan.com
Jadi sesiapa yang nak berhenti berhenti SEKARANG boleh la ambil set ni...Kalau x cuba belum tahu kan, so dapatkan HARGA MENARIK sekarang daripada saya ;)
Website : http://myvitamin4u.blogspot.com
FaceBook : Aliff Hashim
Fanpage: Aliff Corner
Phone, sms: 019-5889416/012-5404687
Shaklee ID : 894763
Phone, sms: 019-5889416/012-5404687
Shaklee ID : 894763
0 comments